Jadual Kelas
i-Ngaji.net diwujudkan khas untuk memaksimumkan penggunaan masa seorang guru al-Quran agar dapat terisi dan dapat mengajar al-Quran kepada seberapa ramai peserta yang mungkin. Kelas Al-Quran i-Ngaji.net agak padat pada setiap hari, dari jam 9.00 pagi hingga lewat malam, bergantung kepada permintaan.
| Hari |
Masa |
| Isnin - Jumaat |
9.00 pagi hingga 2.00 pagi |
| Sabtu & Ahad |
Bergantung kepada perbincangan / Khas untuk kelas ganti. |
Peserta akan memilih 5 slot masa dalam seminggu (Isnin - Jumaat) berdasarkan kelapangan mereka sendiri. Setiap slot adalah selama 30 minit, dan diperuntukkan untuk menyudahkan bacaan sekurang-kurangnya 4 muka al-Quran. Ini bermakna, peserta boleh menghabiskan satu (1) juzuk al-Quran dalam masa seminggu (4 muka x 5 hari = 20 muka). Sekiranya mengikuti kelas secara konsisten, peserta akan khatam 30 juzuk al-Quran dalam masa 30 minggu.
Bayaran
i-Ngaji.net bukan diwujudkan untuk tujuan komersial tetapi untuk memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin belajar membaca al-Quran. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM50 sebulan, untuk 20 sesi kelas. Ini bermakna, hanya RM2.50 bayaran dikenakan untuk kelas selama 30 minit.
|