Kelas Mengaji Al-Quran Online
Laman Utama Pengenalan Perlaksanaan Kelas Jadual Kelas Hubingi Kami
   

Perlaksanaan

Seperti yang telah diterangkan di dalam halaman pengenalan, kaedah perlaksanaan kelas i-Ngaji.net adalah menerusi internet. Cara perlaksanaan kelas ini diringkaskan seperti berikut:

  1. Mereka yang berminat akan menghubungi Ustaz Shukor dan bertanyakan jadual slot masa yang kosong. Ustaz Shukor akan mendapatkan maklumat latar belakang pelajar sebelum mencadangkan masa yang sesuai untuk diberikan kepada pelajar tersebut.
  2. Ustaz akan menghantar jadual kelas al-Quran beliau kepada pelajar melalui emel. Pelajar boleh memilih slot yang masih kosong, 3o minit untuk setiap slot, lima kali seminggu.
  3. Setelah masa kelas dipersetujui, sila aktifkan Skype anda sekurang-kurangnya 5 minit sebelum slot kelas anda. Anda boleh memilih sama ada kelas dijalankan melalui perhubungan webcam atau melalui perhubungan suara sahaja

Bantuan Perisian Skype

Sekiranya anda tidak biasa menggunakan perisian Skype, kami akan membantu anda. Bagi membolehkan komputer anda menggunakan Skype untuk perhubungan suara atau webcam, komputer anda perlu dilengkapi dengan pembesar suara, microphone dan webcam (optional).

 

Boleh dikatakan semua laptop keluaran sekarang sudah tersedia dilengkapi dengan ketiga-tiga aksesori tersebut. Sekiranya tiada, anda boleh mendapatkan di kedai-kedai aksesori komputer berdekatan pada kos kesemuanya antara RM100 ke RM150.

 

Instalasi perisian Skype
Sila download persian skype dari website skype di http://www.skype.com atau anda boleh juga download di sini. Install perisian Skype yang telah didownload ke dalam  komputer anda.

 

Setelah installation selesai, sila ikuti panduan ini untuk mendaftar akaun dengan skype dan seterusnya memasukkan skype id i-ngaji1 sebagai contact anda.

 

Mendaftar akaun dengan Skype

Buka aplikasi Skype daripada list program atau daripada shortcut di desktop anda.


Sebagai pengguna baru, anda perlu mendaftar dahulu dengan Skype.Klik pada “Don’t have a Skype Name?”

Skype

 

Isikan nama, skype name dan password anda. Tick pada bahagian anda bersetuju dengan Skype End User License Agreement, Terms of Services and Privacy Statement.

Skype

 

Masukkan emel anda. Emel ini berguna untuk mendapatkan password sekiranya terlupa pada masa akan datang.

Skype

 

Selepas itu, anda sudah siap berdaftar dan sedia untuk menggunakan Skype. Satu welcome screen akan muncul.

Skype

Sekiranya anda mahu menguji speaker, mikrofon dan webcam anda, klik pada icon “Check your sound works”.

 

Untuk memasukkan i-ngaji1 sebagai contact list anda, klik pada icon “Find your friends”. Satu skrin akan muncul. Masukkan id i-ngaji1 pada ruangan "search for someone you know".

Skype

 

Nama i-ngaji akan muncul dalam hasil carian. Klik pada i-ngaji dan kemudian klik pada "Add Contact".

Skype

 

Perkenalkan diri anda supaya Ustaz Shukor boleh mengetahui siapakah yang memasukkan beliau di dalam 'Skype contact list'.

Skype

 

Anda telah berjaya memasukkan i-ngaji1 sebagai skype contact list anda. Ustaz Shukor akan memeriksa dan meluluskan permintaan anda dan kelas al-Quran anda boleh berjalan melalui Skype. Tekan butang close untuk menutup tetingkap "Add Contact".

Skype

 

Sila bersedia dihadapan komputer anda dengan Skype yang telah di log in sekurang-kurangnya 5 minit sebelum kelas anda. Ustaz Shukor akan menelefon anda menerusi skype untuk memulakan kelas.

 
  AriffStudio.com